Saturday, December 20, 2008

Qasidah Burdah Phrase 1 to 11

Kerinduan Kepada Baginda dan Negeri Madinah Al Munawwarah
Aaaaa… aaaaaa…..aaaaa…..aaaaaa
Aa aa aa
Maula ya solli wasalim da iman abada ‘ala habibika khairil khalqi kulli hi mi
Maula ya solli wasalim da iman abada ‘ala habibika khairil khalqi kulli hi mi

Apakah kerana teringat jiran yang tinggal di ‘Dzi Salam(1)” sehingga engkau cucurkan airmata bercampur darah yang mengalir dari matamu

Ataukah kerana tiupan angin kencang yang berhembus dari arah “Kazhimah(2)” atau kerana sinar kilat yang membelah kegelapan dari “Gunung Idham(3)”

Kenapakah kedua matamu tetap mencucurkan airmata, walaupun telah engkau katakan: “Tahanlah….. jangan menangis”. Dan mengapa hatimu tetap resah dan gelisah, padahal telah engkau katakan padanya: “Tenanglah……..jangan gelisah”

Apakah orang yang dimabuk cinta menyangka, bahawa cinta kasih dapat disembunyikan di sebalik cucuran air mata dan kegelisahan jiwa?

Kalaulah bukan kerana dalamnya cinta, tidaklah akan bercucuran air mata di atas puing-puing rumah kekasih dan fikiranpun selalu melayang sehingga tak dapat tidur kerana mengingati pohon “Al Baan”(4) dan “Gunung Al Alam”(5)

Bagaimana hendak disembunyikan lagi suatu cinta yang telah dibuktikan oleh saksi yang adil, berupa cucuran air mata dan badan yang menderita menanggung rindu

Rindumu sudah tak dapat disembunyikan lagi, bila telah terukir di kedua pipimu kesan merah cucuran air mata laksana ranting “Anam”(6) yang bercabang dua dan bila tubuhmu kurus kerana gelisah

Ya, dikeheningan malam khayalanku jauh melayang kepada kekasih, sehingga nak tidurpun susah. Begitulah sebenarnya cinta apabila telah bertapak di dalam hati, ia akan menukarkan segala kelazatan menjadi derita.

Wahai orang yang mencelaku, tentang cintaku. Sepatutnya orang yang dimabuk cinta ini dimaafkan saja atas keterlanjurannya. Andainya engkau sedar tentang derita orang yang bercinta sudah pasti engkau tidak akan mencelanya.

Sebenarnya keadaanku jelas di hadapanmu dan sudah tiada suatu rahsiapun yang masih tersembunyi dari mata orang-orang yang mencelaku, sebagaimana derita cintaku tiada pernah kurang

Engkau bersungguh-sungguh memberikan nasihat kepadaku, namun aku masih tidak mahu mendengarnya. Begitulah agaknya orang yang dimabuk cinta sudah menjadi tuli dari celaan.

Maula ya solli wasalim da iman abada ‘ala habibika khairil khalqi kulli hi mi
Maula ya solli wasalim da iman abada ‘ala habibika khairil khalqi kulli hi mi


(1), (2), (3) nama tempat di Madinah al munawwarah
(4) nama pohon yg berbau wangi, banyak terdapat di Madinah
(5) Nama Gunung di Madinah
(6) Nama pohon yang mempunyai banyak cabang dan kemerah-merahan

Monday, July 21, 2008

Siumankah untuk mengatakan PAS bekerjasama dengan Umno?

Mahfuz Omar Wed Jul 02, 08 7:36:34 pm MYT
Tidak semena-mena bertiup kencang cerita PAS sedang berunding dengan Umno untuk mengadakan kerjasama atau pakatan politik, kononnya demi ketuanan politik Melayu. Entah siapa yang memulakannya, tetapi ia telah tersebar luas di blog-blog dan juga berkeliaran dalam SMS.
Ramai juga peminat politik yang percayakan desas-desus ini kerana mungkin logik juga kalau hendak dicarikan sebab mengapa PAS perlu bekerjasama dengan Umno. Tetapi ramai yang memandang jelek kepada perbuatan ini jika PAS berhasrat demikian.
Tidak timbul isu ini benar atau tidak, kerana saya sudah pun menafikan adanya rundingan sulit untuk "mengahwinkan" PAS dengan Umno. Lagipun perkahwinan politik seperti ini mungkin "tidak sah" kerana antara PAS dan Umno memang tidak "sekufu". PAS mempunyai dasar Islam, sedangkan Umno beraqidah Islam Hadhari. Jika Umno itu "ahli Kitab" ada juga tendensinya, tetapi dengan Islam Hadhari ini PAS terpaksa menjauhkan diri.
Lagipun PAS amat tidak sekufu dengan Umno kerana PAS adalah parti yang masih suci, sedangkan Umno sudah terpalit dengan noda-noda rasuah, politik wang, kronisme, nepotisme dan macam-macam kebejatan yang lain.
Ada pihak yang berpandangan supaya PAS tidak harus "menjual mahal" dalam konteks kepentingan politik nasional, tetapi isu yang berbangkit sekarang bukannya kepentingan negara, sebaliknya adalah kepentingan survival politik Umno itu sendiri. Kerjasama ini adalah talian hayat yang amat diharapkan oleh Umno dan sudah tentu mereka sanggup bergolok-gadai untuk memenuhi keperluan PAS demi talian hayat ini.
PAS tidak akan menjual maruahnya dengan harga yang murah kepada Umno, sebaliknya akan terus mempertahankan prinsip demi kepentingan dan kebajikan rakyat yang sudah lama dipijak-pijak oleh Umno/BN apatah lagi kini dengan kenaikan harga minyak, kerajaan Umno/BN tergamak membawa satu usul dalam Parlimen bagi menghalalkan tindakan untuk menindas rakyat. Maka ternyatalah 129 ahli-ahli Parlimen BN menyokong usul untuk menindas rakyat. PAS akan terus memikul amanah dan kepercayaan rakyat kepada Pakatan Rakyat, dan akan terus memberikan pembelaan kepada rakyat yang ditindas oleh kerajaan BN.
Sejarah telah membuktikan bahawa PAS adalah parti yang paling terbuka di negara ini sehingga menjadi parti yang paling banyak menjalin kerjasama politik. Keterbukaan Islam yang didukung oleh PAS diterjemahkan melalui siri-siri kerjasama bukan sahaja dengan orang Melayu, bahkan semua kaum.
PAS pernah duduk semeja dengan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP), MIC dan Persatuan Ceylonese Malaya dalam National Conference pada 1953, kemudian menyertai National Convention yang turut disertai oleh Umno dan MCA mulai September tahun yang sama. PAS juga berpakat dengan parti-parti kiri ketika memperjuangkan kemerdekaan, sebelum bekerjasama dengan Dato' Onn dalam pilihan raya 1959. Kerana kerjasama PAS, Dato' Onn menang di Terengganu.
PAS juga mempunyai hubungan yang baik dengan Sosialis Front pada 1959 dan 1964 walaupun pakatan itu dianggotai oleh pendukung sosialis seperti Parti Rakyat, Parti Buruh dan National Convention Party. Selepas krisis politik 1969, PAS telah memilih untuk bekerjasama dengan Perikatan yang ketika itu sudah disertai oleh parti-parti dari Sabah dan Sarawak, selain PPP dan Gerakan.
Pada 1986, PAS bersama tiga parti lain menubuhkan Harakah Keadilan rakyat (HAK), di samping hubungan dengan masyarakat Cina melalui CCC. Kemudian PAS menyertai pula Angkatan Perpaduan Ummah (1988-1996) dan Barisan Alternatif (1999-2008) sebelum Pakatan Rakyat ditubuhkan selepas pilihan raya ini. Inilah keterbukaan PAS!
Dengan Umno sendiri, PAS sudah dua kali berpengalaman. Pada 1953, atas usaha keras bapa Perdana Menteri, Ustaz Haji Ahmad Badawi, PAS meninggalkan Dato' Onn dan National Conference untuk menyertai National Convention yang ditaja oleh Umno-MCA. Apabila berunding tentang pilihan raya pertama, cadangan PAS untuk membela kepentingan orang Melayu dengan menolak jus soli dalam hak mengundi serta menambahkan wakil ekonomi Melayu dalam Dewan Undangan Persekutuan telah ditolak Umno. Umno bersikap demikian kerana menjaga kepentingan MCA. PAS tidak dapat menerima kerjasama yang membunuh bangsa sendiri, lalu keluar daripada National Convention sebelum 1953 berakhir.
Apabila berlaku peristiwa 13 Mei 1969, PAS memandang kepentingan perpaduan nasional dan survival politik orang Melayu. Walaupun Muktamar Khas PAS meluluskan dengan majoriti mudah "sebagai tanda berat hati PAS" Kerajaan Campuran PAS-Perikatan dibentuk pada 1973. Kemudian PAS bersama-sama parti lain menubuhkan Barisan Nasional pada 1974.
PAS yang mencadangkan nama Perikatan ditukar kepada BN dan simbol dacing itupun dicadang oleh Dato' Mohd Asri bagi menggantikan Kapal Layar. Tun Ghafar Baba melukiskan simbol dacing itu. Tetapi Umno mengkhianati PAS dengan memainkan peranan untuk melagakan pimpinan PAS di Kelantan, kemudian didaruratkan Kelantan.
Akibat darurat itu, PAS kehilangan Kelantan yang dikuasainya sejak 1959. PAS terpaksa menentang usul mendaruratkan Kelantan kerana percaya ada tujuan politik sulit di sebalik undang-undang darurat itu. Tetapi PAS tidak mengkhianati BN dengan keluar dari pakatan itu seperti yang dilakukan oleh PBS pada 1990 dahulu. Sebaliknya, Umno yang mencadangkan supaya PAS disingkirkan pada Disember 1977 dan akhirnya PAS tidak lagi sebulu dengan Umno.
Sejak itu, PAS sentiasa ditindas dalam berbagai-bagai isu seperti pembunuhan 14 orang aktivisnya dalam tragedi Memali, Ops Lalang, Ops Kenari dan lain-lain. Namun, PAS masih bersedia duduk semeja dengan Umno ketika membantah isu nuklear dan isu Palestin kerana kepentingan kemanusiaan.
Hari ini apabila Umno sudah tersepit, mereka mencari PAS semula seperti mana Tun Razak lakukan dahulu. Mereka sanggup tawarkan apa sahaja jika PAS bersedia. Tidak cukup dengan itu, dek cemburu oleh kejayaan kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat di lima buah negeri, mereka melancarkan perang saraf kononnya PAS sedang berunding dengan Umno. Mereka mahu PAS renggan dengan rakan Pakatan Rakyat dan terus menggoda PAS supaya terima sahaja tawaran mereka.
PAS sedar tawaran ini bukannya untuk menjayakan matlamat politik PAS, tetapi memberikan nyawa baru kepada Umno yang sudah tidak diyakini lagi oleh rakan-rakan BN mereka. Bila ada wartawan mengatakan PAS adalah "real kingmaker", Umno merasakan PAS pasti terjerat.
PAS tidak akan mengambil sikap demikian walaupun ada pandangan pemerhati politik picisan yang melihat bahawa PAS perlu memanfaatkan peluang ini jika mahu melaksanakan dasar-dasar Islam yang diperjuangkannya. Pemerhati-pemerhati politik ini berpandangan bahawa PAS masih sukar "bernafas" dalam Pakatan Rakyat yang ada DAP. Mereka membangkitkan keadaan di Selangor yang kononnya lebih "mesra kandang babi" daripada "mesra masjid". Inilah peluang PAS untuk memaksa Umno melaksanakan Islam, kata mereka.
Ada kebenarannya. Tetapi kepimpinan PAS melihat bahawa tawaran kerjasama dengan Umno ini tidak akan membawa PAS ke matlamatnya, sebaliknya menjadi alat untuk memulihkan semula Umno yang sudah parah itu.
Pada saya, walaupun banyak perkara yang perlu dirunding dan disepakati oleh parti-parti dalam Pakatan Rakyat yang memerintah di lima negeri, tetapi semua harus faham umur Kerajaan Pakatan Rakyat baru mencapai 100 hari dan amat memerlukan kesabaran dan komitmen semua pihak.
PAS tetap bersabar dengan karenah rakan-rakan yang baru belajar memerintah dan yakin rakan-rakan Pakatan Rakyat tidak memandang sebelah mata kepada PAS. Kesemua pihak dalam Pakatan Rakyat mestilah boleh menerima dan memberi. Apa yang penting semua parti mesti setia sebagai rakan pakatan. Ketiga-tiga parti mesti melihat bahawa setiap antara mereka ada wibawanya yang harus dihormati. Hanya dengan itu sahaja pakatan ini boleh dipertahankan.
Jika ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat adil sesama senndiri, maka saraf Umno untuk memecahkan pakatan ini akan menjadi seperti menjual buah yang tidak laku dan akhirnya busuk begitu sahaja. Tetapi, jika kita sengaja membiarkan ketidakpuasan hati ahli-ahli dan penyokong-penyokong pakatan di bawah, mungkin mereka akan berubah sikap terhadap pakatan ini.
Sebab itu mungkin ada ahli dan penyokong-penyokong bersikap positif dengan desas-desus kerjasama ini. PAS sudah beberapa kali belajar daripada "eksploitasi politik" Umno ini dan adalah mustahil PAS dipatuk pada lubang yang sama sekali lagi. Pimpinan tertinggi PAS sudah bertegas bahawa tidak akan ada rundingan dan kerjasama politik PAS-Umno selagi Umno dengan wajah yang sedia ada. Mursyidul Am PAS sudah bertegas dalam soal ini.
Pada masa ini ahli-ahli PAS atau ahli serta penyokong Pakatan Rakyat jangan terpengaruh dengan dakyah palsu ini. Ia adalah serangan minda untuk melumpuhkan Pakatan Rakyat bagi menyelamatkan masa depan Umno. Pimpinan PAS amat sedar tentang siuman atau tidak untuk menerima kerjasama ini. Kalau kita percayakan khabar angin ini, maka kita seolah-olah tidak siuman sebenarnya, bahkan Umno sendiripun tidak siuman jika terus mewar-warkan berita palsu ini.
Bukan PAS namanya jika kita meninggalkan harapan besar rakyat, kerana mengejarkan pangkat dan wang ringgit yang ditaburkan. Lebih tidak siuman jika kagum dengan dunia sehingga melupakan perjuangan panjangnya. Adalah menjadi tanggung jawab PAS untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat yang dibinanya dan "memuziumkan" Umno bersama kebobrokannya. -Harakah-

Isu ekonomi: Siapa hendak kita percaya?

A Kadir Jasin Mon Jul 21, 08 2:36:56 pm MYT
KALAU kita sudah puas atau sudah jemu dengan cerita bunuh, liwat, lewat, akuan bersumpah, tangkapan ala-Swat dan macam-macam lagi cerita sensasi, elok kalau kita kembali ke alam nyata. -->
Alam yang penuh dengan sungutan dan rungutan. Alam yang dihuni manusia yang resah, gelisah, susah dan menyampah dengan ekonomi yang terumbang ambing dan janji-janji yang dimungkiri.
Janji sebuah negara yang sejahtera, aman dan makmur seperti diuar-uarkan di dalam manifesto Barisan Nasional pada pilihan raya umum 8 Mac lalu. Negara cemerlang, gemilang, terbilang yang suatu masa dulu didendangkan.
Siapa yang hendak kita percaya? Rakyat jelata yang berkata mereka semakin menderita? Para pembesar pemerintah yang mendakwa semuanya terkawal dan terjaga? Pembangkang yang menuduh kerajaan lemah, rasuah dan tidak berdaya? Atau ramalan pesimis para pakar ekonomi dan penganalisis?
Mari kita pertimbangkan fakta berikut:
1. Pada 2 Julai, akhbar New Straits Times memetik Gabenor Bank Negara, Zeti Akhtar Aziz, sebagai meramalkan kemungkinan pertumbuhan ekonomi negara tahun ini jatuh di bawah paras 5 peratus;
2. Dia meramalkan inflasi bulan lalu (Jun) melonjak naik pada kadar 6-7 peratus akibat kenaikan harga minyak berbanding inflasi bulan Mei pada kadar 3.8 peratus;
3. Beberapa hari kemudian, Reuters memetik Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi sebagai berkata ekonomi masih boleh berkembang pada kadar 5 peratus kerana fundamental ekonomi kukuh;
4. Pada 18 Julai, akhbar The Sun memetik Pengarah Eksekutif Institut Kajian Ekonomi Malaysia (Mier), Prof. Emeritus Dr Mohamed Ariff, sebagai berkata bahawa MIER telah menurunkan jangkaan pertumbuhan ekonomi daripada 5.4 peratus kepada 4.6 peratus;
5. Firma penyelidikan pasaran modal, CIMB Research melaporkan bahawa pelabur asing telah membuat penjualan besar-besaran menyebabkan harga saham-saham kegemaran pelabur asing seperti MRCB, Gamuda, Air Asia, Media Prima, Bursa Malaysia, Resort World, IJM Corp., SP Setia dan UM Land jatuh hingga 57 peratus di Bursa Malaysia sepanjang separuh pertama tahun ini;
6. Seorang billionaire Cina yang menerajui sebuah syarikat papan pertama Bursa Malaysia menyokong jadual peralihan kuasa Abdullah-Mohd Najib tetapi bimbang dalam tempoh itu ekonomi negara akan mengalami penguncupan (recession) kerana kurang perancangan yang meyakinkan;
7. Seorang usahawan Cina mahu Umno segera pulih di bawah kepemimpinan yang lebih berwibawa dan diyakini pelabur;
8. Seorang tauke Cina yang menerajui sebuah syarikat pembinaan papan pertama Bursa Malaysia meramalkan 60 hingga 70 peratus kontrak kecil sudah dimungkiri (defaulted) kerana kos pembinaan yang melambung dan permintaan ke atas hartanah yang merosot; dan
9. Media massa arus perdana yang patuh kepada pemerintah sendiri telah mula menyiarkan secara terbuka berita penderitaan rakyat jelata akibat kenaikan harga minyak dan kos sara hidup.
Nampaknya rakyat jelata tidak ada pilihan selain mencuba sebaik yang mungkin untuk mengekalkan produktiviti dan mata pencarian, berjimat cermat dan menunggu kemunculan kepemimpinan yang lebih cekap dan diyakini selepas era Abdullah.
Ini semua, tidak dapat tidak akan membawa kita kembali kepada kepemimpinan politik, khasnya kepada kemampuan kerajaan mengurus ekonomi dalam krisis dan menjana keyakinan pelabur serta pengguna.
Seorang pembesar politik negara pernah membuat kenyataan berikut dalam wawancara dengan wartawan Utusan Malaysia Rosnah Majid (sekarang Datuk) yang disiarkan pada 20 Mei, 1984:
"Nasib seorang ahli politik banyak bergantung kepada orang suka kepada kita ataupun sebaliknya. Kedudukan dalam politik sentiasa bergantung kepada sokongan. Ahli politik tidak dapat berbuat apa-apa tanpa sokongan. Inilah hakikatnya."
Pembesar itu tidak lain tidak bukan adalah Abdullah Ahmad Badawi. (Sila rujuk buku "Koleksi Temuramah Khas Tokoh-Tokoh" karya Rosnah Majid, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.).
Anekdot: Sebuah cawangan Umno di dalam bahagian Pekan mencalonkan Mohd Najib Abdul Razak untuk bertanding jawatan Presiden Umno. Adakah ini riak di permukaan tasik yang damai abadi atau permulaan kepada badai tsunami di permukaan lautan yang bergelora? - kadirjasin.blogspot. _

Monday, July 7, 2008

Reality Check buat Pak Lah

Ruhanie Ahmad Tue Jul 08, 08 12:47:20 pm MYT
Kehadiran Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di persada kekuasaan negara mulai 31 Oktober 2003, amat dialu-alukan oleh rakyat Malaysia. -->
Imej Abdullah yang bersih, warak dan mesra sungguh menawan hati nurani mereka. Tekad Abdullah membanteras rasuah secara habis-habisan menambat minat semua pihak.
Cita-cita Abdullah menjadikan negara-bangsa Malaysia cemerlang, gemilang, terbilang disokong sepenuhnya oleh pihak kawan dan lawan.
Rekod kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mencatatkan lonjakan paradigma dalam hampir semua aspek kehidupan rakyat dan kemajuan negara pula menjadi asas paling kukuh untuk membolehkan Abdullah mencartakan kejayaan demi kejayaan di hari muka.
Lantaran itulah BN dalam fasa awal kepimpinan Abdullah mampu merangkul kejayaan paling bersejarah menerusi PRU 11 pada 20 April 2004.
Tetapi, hanya kira-kira dua tahun sesudah itu, kepimpinan Abdullah seolah-olah mula menjanjikan satu era yang malang dalam sejarah BN, Umno dan negara. Antara puncanya adalah imej Abdullah yang mulai luntur. Hakikat ini jadi semakin ketara bila isu ECM Libra yang membabitkan menantunya, Khairy Jamaluddin, mulai diperkatakan secara meluas oleh rakyat jelata di seluruh tanahair.
'Reality Check'
Lain-lain faktor yang menyebabkan Abdullah tidak lagi diyakini oleh rakyat jelata boleh dipastikan menerusi 'reality check' ke atas Abdullah dan kepimpinannya seperti berikut:
Sewaktu mula berkuasa, Abdullah menyanjung tinggi jasa dan kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad. Hari bagaimana?
Adakah rakyat masih percayakan kata-kata Abdullah bahawa beliau tidak mahu mencari "harta bertimbun-timbun untuk hidup kaya" atau "wang berjuta-juta untuk hidup bergaya"?
Sewaktu mula berkuasa, Abdullah memperkenalkan apa yang beliau katakan sebagai Islam Hadhari. Insafkah Abdullah bahawa termonologi ini kini sudah jadi bahan jenaka dan amat mengecewakan sebilangan umat Islam?
Pada ketika ini, benar-benarkah Abdullah mahu mencari "mana dia Al-Ghazali" dan "mana dia Al-Shafie"? Benar-benar jugakah Abdullah mahu "bongkar rahsia kitab suci, cari pedoman dan bongkar rahsia sunnah Nabi, cari panduan"?
Sewaktu mula berkuasa, Abdullah mengatakan beliau tidak mahu dikelilingi oleh manusia pembodek. Hari ini bagaimana? Abdullah juga mahukan para pegawai peribadinya bersikap mesra rakyat. Hari ini bagaimana?
Dolak-dalik
Benarkah Abdullah tidak berdolak-dalik? Jambatan Bengkok? Kenaikan harga minyak? Kontroversi "wanita ketuk-ketampi"? Kisah cintanya yang dinafikan tapi kini jadi realiti?
Abdullah ghairah mahu membanteras rasuah, kronisme dan neopotisme. Ini dimanifestasikan dalam manifesto BN bagi PRU11. Kini bagaimana? Kisah ECM Libra bagaimana? Mengapakah manifesto PRU12 tidak sebut langsung soal anti-rasuah?
MV Agusta dibeli oleh Proton dengan harga RM500 kenapa dijual dengan harga RM4.00? Sampai sekarang kenapa tidak ada jawapan yang telus mengenai hal ini?
Pada tahun 2007, Abdullah mengumumkan perangkaan ekonomi negara yang trillion ringgit jumlahnya untuk menggambarkan kepimpinan beliau lebih baik daripada Mahathir. Kenapa kesannya tidak dirasai oleh rakyat bahawan?
Abdullah amat marah dengan pemimpin Hindraf yang menuduh Umno melakukan mini-genocide ke atas kaum India dan kerana mereka mendesak komuniti antarabangsa memansuhkan Perlembagaan Persekutuan yang kononnya tidak adil kepada semua pihak? Kenapa pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah ISA tidak disiasat serapi-rapinya?
Hanya beberapa hari menjelang hari pembuangan undi bagi PRU12, Abdullah mendabik dada bahawa BN akan menang besar? Hari ini bagaimana?
Bukankah keputusan PRU12 merupakan mesej daripada rakyat jelata bahawa beliau wajar mengundurkan diri daripada persada kekuasaan kerajaan dan politik?
Post-mortem
BN dan Umno kalah teruk dalam PRU12. Mengapakah Abdullah enggan adakan satu post-mortem menyeluruh mengenai kekalahan ini?
Mengapakah tuduh warga Umno mensabotaj parti dalam PRU12? Apa bukti nyata mengenai hal ini jika tiada post-mortem mengenainya?
Salahkah bila Mahathir mengatakan bahawa beliau keluar meninggalkan Umno mulai 19 Mei 2008, kerana Umno kini hanya mempertahankan Abdullah dan bukannya berjuang demi agama, bangsa dan tanahair?
Abdullah mengumumkan bahawa beliau akan melakukan peralihan kuasa kepada Datuk Seri Najib Tun Razak. Bila? Dan, mengapakah beliau akan terus mengekalkan jawatan Presiden Umno?
Sewaktu jadi Timbalan Perdana Menteri, Abdullah membidas Singapura kerana mempolitikkan isu air dengan Malaysia. Hari ini kenapa tangguhkan semua isu tertunggak dengan Singapura, termasuk perundingan mengenai tariff air yang baru?
Malaysia enggan jual pasir kepada Singapura untuk jadikan pulau itu dua kali lebih besar daripada saiznya hari ini. Kenapa Abdullah wujudkan Iskandar Malaysia yang dua kali saiz Singapura kononnya untuk kepentingan rakyat Malaysia?
Kenapa hapuskan semangat DEB untuk Bumiputera menyertai aktiviti ekonomi dan pembangunan di Iskandar Malaysia?
Halliburton
Halliburton sebuah syarikat minyak yang membabitkan diri dalam perang di Iraq dan segolongan pekerjanya didakwa terbabit membunuh rakyat Iraq. Kenapakah izinkan syarikat ini melabur di Iskandar Malaysia?
Telekomunikasi adalah industri strategik sesebuah negara. Kenapa izinkan syarikat Singapura melabur dalam Telekom Malaysia?
Di era Mahathir, kapal perang Amerika Syarikat yang membawa senjata nuklear tidak boleh lalu Selat Melaka. Hari ini kenapa boleh dan mengapa kapal itu juga diizinkan berlabuh di Pelabuhan Kelang?
Menteri Luar mengatakan bahawa team Pulau Batu Puteh sudah membuat persediaan sejak berpuluh tahun lamanya. Bila Malaysia kehilangan kedaulatan Pulau Batu Puteh, kenapa tidak adakah siasatan terperinci di atas kekalahan yang jelas berasaskan keputusan political?
'Regime Change'
Berasaskan 'reality check' di atas, salahkah jika rakyat jelata mempunyai persepsi negatif terhadap Abdullah pada hari ini? Salahkah jika rakyat jelata mengatakan Abdullah seolah-olah dalam keadaan 'out-of-control' dan dibelenggu sindrom penafian yang panjang.
Rakyat jelata semakin resah gelisah kerana Abdullah terus memimpin negara. Kestabilan politik tanahair pula nampaknya sedang menuju ke suatu arah yang mungkin parah dan mendebarkan.
Dalam situasi begini, wajarkah Abdullah menuduh bloggers sebagai antara faktor yang menyebabkan politik negara tidak stabil?
Sebaliknya, bukankah faktor utama yang menyebabkan politik negara tidak stabil mutakhir ini adalah keengganan Abdullah menerima hakikat dan realiti bahawa kepimpinan beliau sudah tidak lagi diyakini oleh majoriti rakyat jelata Malaysia?
Sedarkah Abdullah bahawa menurut satu poll yang dilakukan oleh lamanweb Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo bar-baru ini, seramai 88 peratus responden mahukan pucuk kepimpinan negara ditukar atau negara ini memerlukan 'regime change'?
Demikianlah 'realiti check' mengenai Abdullah. Moga-moga beliau insaf akan hakikat ini. Demi agama, bangsa dan tanahair, segeralah berundur daripada persada kepimpinan kerajaan dan parti secara terhormat.
Serahkanlah tampok kepimpinan negara dan parti kepada Najib. Insya-Allah, politik negara kembali stabil, ekonomi akan berkembang, rakyat jelata tidak lagi resah gelisah malahan akan dibela dengan sewajarnya. - kuda-kepang.blogspot_

Wednesday, April 16, 2008

Syarikat Melayu Umno terbabit projek babi, Khir Toyo tidak tahu?

Johari Jaafar Wed Apr 16, 08 10:26:44 am MYT
IPOH, 16 Apr (Hrkh)- Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Dato Dr Hassan Ali mempersoalkan sikap bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo yang mendakwa tidak tahu menahu tentang projek ternakan babi di negeri itu atau pun sengaja buat tidak tahu.
Katanya, projek ternakan babi yang dirancang menggunakan teknologi Jerman itu mendapat bantahan termasuk dari Umno.
Menurut beliau, sebuah syarikat bumiputera turut terlibat dalam projek penternakan babi di Selangor yang menimbulkan kontroversi minggu lepas dan seorang wakil rakyat Umno berada "di belakang" projek tersebut, kata seorang pemimpin MCA seperti yang dilaporkan oleh akhbar The Sun semalam..
Syarikat tersebut, dikatakan terlibat dalam satu projek usahasama, bercadang menggunakan wang - dilaporkan menelan belanja RM100 juta - daripada dana program alam sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
"Ketua biro pertanian tradisional MCA Dato' Dr Lee Chong Meng berkata syarikat bumiputera itu berhasrat membawa masuk teknologi Jerman untuk projek tersebut sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar Sun," ujarnya.
Akhbar The Sun yang mengutip laporan The Oriental Daily semalam menyebut, wakil rakyat BN-Umno bagi kerusi Tajung Sepat, Dato' Karim Mansor, bersama seorang ketua kampung di situ turut bersama dalam rombongan ke luar negara untuk melihat teknologi tersebut.
Rombongan itu dihantar oleh kerajaan Selangor bawah pentadbiran BN bagi menilai teknologi yang boleh menguruskan penternakan babi - masalah yang serius di negeri itu sejak lebih dua dekad.
Menurut The Sun lagi, Dr Lee mempunyai minit mesyuarat dan rekod untuk membuktikan dakwaannya.
Menteri Besar Selangor waktu itu Khir Toyo sendiri dikatakan meluluskan projek pemindahan 132 ladang babi ke projek seluas 460 hektar itu, kata Dr Lee, melalui dua ahli exco kerajaan negeri Dato' Ch'ng Toh Eng dan Dato' Tang See Hang pada awal tahun lepas.
"Inilah pemimpin pemimpin BN ,apa yang dibuatnya pun dia tidak ingat, apabila Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengambil keputusan meneruskan projek ternakan babi Kerajaan Negeri dicemoh dan tidak sensetif dengan bantahan rakyat."
"Jika tindakan ini dilakukan oleh Kerajaan Umno/BN, ianya wajar untuk kebaikan rakyat , tetapi jika Pakatan Rakyat, ianya diserang begitu teruk," katanya. - mr (Harakahdaily.net)

Monday, April 7, 2008

Mahathir balas balik - Jika Abdullah kekal Umno akan hancur

Malaysiakini Mon Apr 07, 08 8:43:52 am MYT
Ketika presiden Umno Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi penjelasan tentang ketewasan buruk BN dalam pilihanraya umum 8 Mac, Tun Dr Mahathir Mohamad terus menghalakan kritikannya kepada penggantinya itu. -->-->
"Kalau orang ini tidak ada (di tampuk kekuasaan), mereka (pengundi) akan kembali kepada Umno," katanya, selepas mengulangi kecaman kepada Abdullah dan "ahli keluarganya" dalam siri kritikan kedua minggu ini.
Dr Mahathir melancarkan siri pertama di sebuah hotel di Petaling Jaya awal minggu ini.
Beliau menjawab satu pertanyaan peserta yang ingin mengetahui langkah-langkah kedepan yang boleh diambil parti itu selepas kepemimpinan Abdullah dikatakan gagal menyelamatkan kemerosotan undi BN dan Umno baru-baru ini.
"Penerangan harus dibuat, termasuk cakap-cakap di kedai kopi," katanya, sambil menambah ahli Umno mesti memilih pemimpin yang berani bercakap, dan bukan tukang angguk.
Menjawab satu lagi soalan tindakan selanjutnya jika tiada pemimpin Umno berani mencabar Abdullah untuk jawatan presiden pada pemilihan agung Umno Disember ini, Dr Mahathir mencadangkan ahli berkempen bagi menjayakan mesyuarat khas (EGM) untuk memansuhkan sistem kuota pencalonan.
"Majlis Tertinggi boleh cadang agar buat EGM," katanya.
Bagaimanapun beliau sendiri melahirkan rasa ragu-ragu majlis ini boleh membuat cadangan itu kerana rata-rata ahlinya disifatkannya dipenuhi tukang angguk.
"Kita nak minta diadakan rapat umum supaya kita boleh bercakap sikit," tambahnya. "(Abdullah mendakwa) semua orang menyokong dia, kenapa dia takut?"
Selain Abdullah, sasaran kegemaran beliau termasuklah menantu perdana menteri dan naib ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.
"Kalau kita benarkan menantu mentadbir negara, akan hancurlah negara kita," kata Dr Mahathir.
Sebelum itu, beliau mengulangi penjelasannya pada Selasa bahawa kekalahan teruk itu disebabkan ahli-ahli Umno sendiri mengalih sokongan kepada pembangkang sebagai satu "mesej" kepada kepemimpinannya.
"Tidak mungkin (pembangkang) menang banyak kalau orang Umno tidak mengundi parti lawan kerana (mereka) kecewa kepada kepemimpinan yang ada," katanya.
Sementara itu, di Kuala Lumpur, dalam pertemuannya dengan ketua-ketua penerangan Umno negeri, Abdullah mendedahkan BN, khususnya Umno, tewas di 14 kerusi parlimen dan 22 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) angkara sabotaj ahli-ahli sendiri.
Tanpa sabotaj itu, tambahnya, BN dapat mempertahankan penguasaan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.
Dalam pilihanraya umum lalu, BN mendapat 140 kerusi parlimen - kurang lapan kerusi untuk mendapatkan majoriti dua pertiga.
Umno tewas di 31 kerusi parlimen apabila hanya mampu mempertahankan 78 daripada 109 kerusi yang dimenanginya pada 2004.
Menurut Abdullah lagi, jika tidak berlaku sabotaj dalam kalangan ahli-ahli Umno di 22 kerusi DUN tersebut, BN tidak akan kalah di Kedah dan Perak.
Menurutnya, semua kerusi parlimen dan DUN terbabit merupakan "kawasan putih" dan BN tidak menghadapi masalah untuk memenanginya.
Dr Mahathir mengambil kesempatan hari ini untuk menjawab beberapa kritikan kepadanya dalam tempoh beberapa hari ini selepas serangan awalnya pada 1 April.
"Semua serang saya, dengan nada yang sama. Tentulah ada arahan," katanya dalam program 'Fikir-fikirkan Bersama Tun Dr Mahathir' di sebuah hotel di Ampang hari ini.
Menjawab kritikan ahli Majlis Tertinggi (MT) Dato' Ahmad Shabery Cheek, Dr Mahathir memulangkan paku buah keras dengan mengingatkan bahawa menteri penerangan itu sendiri terlibat dengan Parti Melayu Semangat 46 (S46) - parti yang dituduh punca perpecahan utama Umno.
"Dia lupa, dia datang daripada Semangat 46," kata Dr Mahathir, sambil menjelaskan bahawa beliaulah yang menghidupkan kembali Umno sehingga keahliannya kini lebih tiga juta orang selepas diharamkan susulan krisis pemilihan agung Umno 1987.
"Siapa yang memulihkan kembali Umno? Sambutan begitu baik, ada ahli tiga juta orang," tambahnya.
Kelmarin, Ahmad Shabery menggesa mantan presiden Umno itu tidak memecah-belahkan Umno sehingga parti itu diharamkan pada 1988.
Mengulas kenyataan Dato' Seri Zainuddin Maidin yang mendakwa bekas ketuanya itu turut menjadi faktor penyumbang prestasi buruk BN baru-baru ini, Dr Mahathir berkata ada pihak beranggapan "ahli Umno bodoh dan tidak pandai membuat pilihan."
Walaupun pada pilihanraya umum 1999 BN mengalami ketewasan teruk tetapi ia masih berjaya mempertahankan majoriti dua pertiga, katanya.
"Orang Cina memberi sokongan begitu kuat sekali. Orang Melayu kecewa kerana kes mata lebam (terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim). Orang Melayu kasihan tengok orang sakit... (Mereka) bukan mempertikai kepemimpinan saya," kata Dr Mahathir.
Kira-kira 600 penyokong Umno, termasuk beberapa pemimpin lama, menyertai majlis tersebut.
Turut berucap di majlis itu termasuklah bekas menteri besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid dan penganjur majlis, ketua cawangan Umno Pusat Bandar Taman Cempaka, Syed Saifuddin Syed Harman. - mr

Ramai terpedaya dengan pembaikan dilakukan Umno/BN?


Tarmizi Mohd Jam Mon Apr 07, 08 11:19:00 am MYT
Langkah Ahmad Shabery Cheek, Menteri Penerangan yang baru - melakukan perubahan di RTM adalah jelas bukan untuk kepentingan rakyat tetapi untuk mengubati kebejatan Umno/BN setelah dibedal pengundi pada PRU 12 lalu.
Ini suatu perkara yang patut diperhalusi oleh semua pihak yang bukan Umno/BN, khususnya dari Pakatan Rakyat. Ahli, penyokong hinggalah kepada para pimpinannya.
Ruang yang diberi kepada bloggers dalam Berita Perdana Jam 8 juga bermaksud demikian. Jika tidak ada udang di sebalik batu, sudah tentu tidak semudah itu bloggers diutamakan oleh sebuah kerajaan seperti BN yang menyifatkan mereka adalah "beruk-beruk" sebelum ini.
Begitu juga pertemuan yang bakal diadakan dengan pengendali blog patut dilihat sebagai kekuatan di pihak Umno/BN yang bakal melemahkan keyakinan rakyat terhadap Umno/BN yang selama ini dianggap penindas dan kejam.
Dari satu sudut, ia kelihatan baik dan menarik untuk rakyat. Shabery mengemukakan alternatif dan menolak sikap buruk BN selama ini terhadap rakyat.
Tetapi sebenarnya tujuannya satu, untuk menggamit keyakinan ramai terhadap Umno/BN kononnya mereka kini sudah sedar dan mahu bersikap pro-rakyat. Berubah dan berubah.
Isu yang sama turut memperdaya ramai bloggers dan pimpinan politik (mana-mana peringkat) apabila menyertai "tsunami undur" yang menuntut anak Badawi berundur dari jawatan Perdana Menteri.
Sebahagian besar dalaman Umno memang mahu anak Badawi berundur. Mahathir, anaknya Mukhriz, Ku Li juga tidak ketinggalan, barangkali Rafidah Aziz, Idris Jusoh, Shahidan Kasim, Abdul Rahman Bakar antara yang mahu anak Badawi itu undur.
Agenda Mahathir, Ku Li dan ramai lagi, akan mengisi pengunduran tersebut selain memanggil semula sokongan rakyat terhadap parti yang dianggap keramat oleh orang-orang Melayu itu.
Tujuannya satu, untuk mengukuh, menguat, menyegar, meremaja dan memantapkan Umno serta Kerajaan BN. Sebab itu anak Badawi perlu diundurkan. Dengan pengunduran itu, Umno kembali teguh dan orang Melayu sedia bersatu.
Mengapa kita turut terhegeh-hegeh menyokong langkah tersebut?
Seolah-olah kita bersetuju anak Badawi undur? Seolah-olah suka sangat Khairy Jamaluddin tidak aktif di Tingkat 4, JPM? Seolah-olah kita mahu Umno kuat semula dengan menyokong segala pembaikan dalaman parti haprak itu. Bukankah itu semua aset penting kemaraan Pakatan Rakyat sekarang?
Walhal, pengunduran anak Badawi, sama macam pembukaan ruang oleh RTM terhadap Sidang Dewan Rakyat dan program bersama bloggers yang disediakan Shabery Chik itu.
Tujuannya satu, untuk memartabat kembali Umno/BN. Betul atau tidak, terpulang kepada anda semua!
Sudah tentulah pada masa sama, ia akan menggugat Pakatan Rakyat apabila rakyat terpengaruh, terpedaya dan terpikat dengan perubahan dan pembaikan drastik pro-rakyat yang sedang dilangsungkan oleh Umno/BN itu.
Jadi apa untungnya? Apa baiknya kita menyokong dan melihat perubahan serta pembaikan Umno/BN yang dianggap menyebelahi rakyat secara total itu?
Banyakkah faedahnya yang mampu dipungut oleh Pakatan Rakyat dengan pengunduran anak Badawi dan ketiadaan Khairy?
Apa pula impak yang diperolehi jika Ku Li pula yang mnejadi Perdana Menteri selepas itu? Ini patut difikirkan agar kita memiliki kotak fikir yang sihat dan relevan!
Saya lebih bersetuju agar semua perkara itu disempurnakan oleh Kerajaan Persekutuan dari Pakatan Rakyat nanti, atau apa-apa yang boleh dilakukan di bawah bidang kuasa Kerajaan-Kerajaan Negeri kini seperti Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.
Banyak pembaikan yang dulunya diburukkan oleh pentadbiran haprak Umno/BN kini, boleh diberi nafas baru dan dimajukan secara efisyen. Carilah idea kreatif agar rakyat terus mengikuti perkembangan, pembaikan dan pembaharuan dalam pentadbiran.
Itu lebih baik dan memberikan impak berpengaruh kepada Pakatan Rakyat dari menyokong apa jua perubahan dan pembaikan yang sedang dicanangkan oleh Umno/BN dalam membetulkan tanggapan serong rakyat terhadap mereka sebagai parti yang sudah tidak relevan.
Moga tiada suara kencang yang menyokong apa jua yang dilihat baik dari pihak Umno/BN, melainkan kita meletakkan suatu terjahan bahawa itu semua ke arah untuk mengembalikan kekuatan Umno/BN bagi menghentam, mengunyah, dan membaham Pakatan Rakyat dalam PRU ke-13 nanti.
Rasanya semua percaya, apa jua tindakan Umno/Bn sekarang bertujuan untuk "menyerang" Pakatan Rakyat. Untuk merampas kembali lima negeri yang terlepas dan menawan semula kawasan Dun dan Parlimen yang dikuasai Pakatan Rakyat!
Jika kita gagal sedar, bererti hancurlah Kerajaan-Kerajaan Pakatan Rakyat di lima negeri itu "ditelan" oleh perubahan dan nilai pembaikan yang sedang dilakukan oleh Umno/BN sekarang.
Ingat, strategi Umno/BN yang berselidung di sebalik projek kerajaan dan atas nama pembaharuan pro-rakyat itu, jauh lebih sulit untuk fahamkan kepada rakyat kelak. - mns (harakahdaily)

Friday, April 4, 2008

Umno hancur akibat tiada demokrasi, bersifat perkauman dan akhlak buruk - Ku Li


Anis Nazri Sat Apr 05, 08 6:41:08 am MYT
KUALA LUMPUR, 5 April (Hrkh) - Tiada demokrasi dalam Umno, dasar dan visi Umno yang bersifat perkauman serta perangai dan kelakuan budaya, moral dan akhlak orang Umno merupakan tiga faktor kekalahan Umno dalam pilihan raya umum ke-12 lalu.
Demikian dinyatakan Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Khas Umno Bahagian Gua Musang, di Balai Rakyat, Gua Musang, semalam.
Menurut Ku Li, kemusnahan demokrasi dalam Umno bermula apabila Perlembagaan Umno dipinda dengan memasukkan peraturan baru yang menetapkan syarat bahawa anggota parti yang hendak menandingi jawatan Presiden hendaklah mendapat pencalonan sebanyak 30% daripada Bahagian Umno.
"Ini bererti calon itu perlu mendapat pencalonan daripada 58 Bahagian daripada jumlah 191 Bahagian Umno. Tujuannya, kononnya ialah untuk mengelak supaya tidak sembarangan anggota parti sahaja, sesuka hatinya dan secara bermain-main akan mengemukakan dirinya sebagai calon Presiden atau jawatan-jawatan lain," dakwa beliau.
Umno tidak amal demokrasi
Kata Ku Li lagi, sebelum kuota itu diperkenalkan, Umno pernah juga mengenakan peraturan, iaitu calon hendaklah mendapat pencalonan daripada dua bahagian sahaja, yang jelas 'peraturan' yang munasabah dan tidak terlalu 'undemocratic'.
Beliau menambah, parti yang wujud dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi tetapi tidak mengamalkan demokrasi dalam partinya sendiri adalah amalan yang bercanggah dan luar biasa.
Katanya, parti yang tidak mengamalkan demokrasi bererti parti itu menyekat atau tidak menggalakkan tumbuhnya kecekapan dan kreativiti dalam parti itu; anggotanya tidak dibenarkan bersuara untuk menegur pimpinan parti, atau untuk memilih pemimpin yang lebih baik.
"Orang tidak dibenarkan dan selalunya disekat malah digertak supaya jangan menentang atau menandingi pemimpin-pemimpin parti. Akibatnya parti menjadi beku. Pembaharuan dan kemajuan parti bantut. Kita lebih seronok mempercayai bahawa parti tidak menghadapi apa-apa masalah, parti kita kuat, anggota parti bersatu, dan pelbagai persepsi diri sendiri yang diciptakan secara emosi dan retorik," tegas Ku Li.
Beliau turut menyatakan bahawa dengan amalan tersebut lahirlah banyak 'pak turut' dan 'tukang ampu' dalam parti yang secara tidak bermoral dan berprinsip akan sentiasa memuji dan membela pemimpin walaupun mereka tahu pemimpin itu lemah.
Beliau mengakui inilah keadaan yang berlaku dalam Umno hingga sekarang, di mana setiap kali menjelang pilihan parti, ada sahaja orang dan puak yang menyeru anggota parti supaya jawatan Presiden Parti, atau Timbalan Presiden, Ketua Wanita, atau Ketua Pemuda tidak ditandingi.
Justeru, tegas beliau untuk menyelamatkan Umno dan menjadikannya parti politik kebangsaan Melayu ini terus relevan, cekap, kuat dan maju sepanjang zaman, demokrasi hendaklah dikembalikan dalam Umno.
Umno tidak pentingkan semua kaum
Dalam pada itu, Ku Li turut menyatakan bahawa dasar dan visi Umno hendaklah merentas sempadan kaum, dan tidak dilihat sebagai parti untuk dan bagi pihak orang Melayu sahaja.
Menurutnya, dasar dan visi Umno hendaklah memprojekkan dirinya sebagai parti untuk kepentingan semua rakyat tidak kira kaum.
"Kita mahu Umno menjadi parti supraetnik, parti nasional, yang adil kepada rakyat tanpa mengira kaum tetapi tetap mempertahankan 'visi tradisionalnya': iaitu, mempertahankan tanah air (negara ini) daripada penjajahan politik, ekonomi, ideologi dan budaya orang asing atau kuasa asing, mempertahankan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara yang faedahnya ialah untuk negara, bukan untuk mana-mana kaum, dan mempertahankan Islam sebagai agama Persekutuan," tegas beliau.
Menurutnya, imej Umno selama beberapa tahun ke belakangan ini dapat dibahagikan kepada tiga jenis, di mana imejnya kepada orang Melayu ialah Umno tidak lagi memperjuangkan hak-hak yang menjadi warisan bangsa Melayu sejak dahulu kala, di samping Umno dilihat sebagai parti yang tidak lagi mempedulikan bahasa Melayu, budaya Melayu dan ekonomi rakyat Melayu yang miskin.
Selain itu, katanya orang Melayu juga mula risau dan khuatir melihat kurangnya komitmen Umno untuk mempertahankan martabat dan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu.
Beliau turut menyentuh imej Umno di mata orang bukan Melayu, di mana mereka menganggap Umno ialah parti untuk kepentingan orang Melayu, tidak untuk kepentingan kaum lain, yang mana Umno dianggotai oleh orang Melayu yang 'fanatik Melayu' - suka menjulang keris apabila memarahkan kaum lain.
Begitu juga katanya dengan imejnya sebagai parti yang menggalakkan rasuah politik atau parti 'orang kaya' di atas dan parti orang miskin di bawah, parti yang korap, parti yang berkeliaran dengan buaya-buaya darat dan yu-yu laut yang tidak segan silu menyapu dan menelan segala projek dan kontrak kerajaan dan hak rakyat miskin tidak kira kaum.
"Imej ini dibenci oleh semua kaum, tidak sahaja orang Melayu tetapi juga oleh kaum bukan Melayu. UMNO mesti mengubah atau kalau perlu membersihkan ketiga-tiga imej yang buruk itu. Umno mesti dipercayai bukan sahaja oleh orang Melayu tetapi juga oleh orang bukan Melayu," tegas beliau.
Dalam pilihan raya umum lalu, beliau mengatakan ada orang dari kaum India dan Cina, mengibarkan dan menjunjung bendera PAS, serta mengundi calon PAS di kawasan kuat Umno.
"Mengapa? Apakah kerana mereka sudah dipukau atau diIslamkan oleh orang PAS? Tidak. Mereka berbuat demikian kerana mereka percaya bahawa PAS, berdasarkan prinsip Islam, lebih adil daripada Umno terhadap kaum bukan Islam. Mereka berkata orang PAS takut kepada Tuhan; jadi mereka takut hendak bercakap bohong atau melakukan dosa kepada makhluk Allah, tidak kira bangsa dan agama. Mereka berkata, Tok Guru Nik Aziz jauh lebih baik, bersih dan amanah daripada kebanyakan pemimpin Umno Kelantan," jelas beliau.
Katanya, inilah cabaran yang dihadapi oleh Umno hari ini, di mana ia terpaksa menjadi parti yang boleh dipercayai oleh semua kaum.
Calon Umno tiada adab, maki hamun Nik Aziz
Tambahnya, Umno terpaksa menyaingi parti baru seperti KeADILan yang dilihat oleh semua kaum - termasuk orang Melayu generasi baru - sebagai parti yang dasarnya ialah keadilan kepada semua rakyat berdasarkan keadaan dan keperluan asas mereka.
Faktor ketiga kekalahan Umno, katanya berkenaan perangai dan kelakuan budaya, moral dan akhlak orang Umno yang perlu diadabkan.
Berdasarkan pemerhatian, kata beliau dalam kempen pilihan raya lalu, kelakuan beberapa calon Umno tidak beradab.
"Mereka sombong, bercakap besar, riak, dan suka menabik dada. Seorang calon Parlimen Umno memberitahu media bahawa matlamat dia ialah untuk memastikan lawannya hilang deposit. Calon ini mengalami kekalahan teruk, diajar oleh pengundi Melayu. Di Kelantan, kita dengar bagaimana seorang calon parlimen yang dekat dengan kuasa atasan di KL, memaki hamun dan menggunakan kata-kata biadab terhadap PAS, khususnya terhadap Dato' Nik Aziz," tegas beliau.
Bahkan, katanya seluruh jentera Umno digerakkan untuk melancarkan semacam 'perang salib' terhadap PAS, seperti perang yang dilakukan oleh Presiden Amerika, George Bush terhadap negara Islam.
"Kita adalah bangsa yang berbudaya, beragama Islam, beradab. Orang Melayu - bahkan orang bukan Melayu dan bukan Islam pun - meluat dan menyampah dengan perangai dan kelakuan sombong bongkak itu. Kita tidak diajarkan cara bagaimana hendak memikat hati pihak lawan. Kita seolah-olah menggunakan budaya dan taktik samseng yang menyebabkan kita kalah lebih teruk dari tahun 2004," tegas beliau.
Keadaan itu, dakwa beliau berlaku kerana terlalu yakin pada kekuatan parti, sehingga tidak nampak kelemahan parti.
Jelasnya, orang-orang seperti itu berasa megah, berani bercakap besar dan memberi tahu pengundi 'Aku akan menjadi Menteri Besar' atau akan menjadi menteri jika dipilih.
'Roh perut' kuasai Umno, wang jadi mainan
Beliau turut mendakwa bahawa ekonomi pasaran atau ekonomi kapitalisme sudah menjadi alat politik Umno untuk memperkayakan orang-orang tertentu dalam Umno untuk kepentingan kepimpinan, tidak untuk kepentingan rakyat dan anggota akar umbi Umno.
"Jiwa dan roh Melayu orang Umno mulai digantikan dengan 'roh perut'. Wang menjadi alat permainan politik dan kuasa dalam Umno," dakwa beliau.
Justeru, untuk menyelamatkan Umno, Ku Li menegaskan bahawa parti perlu membuang segala anggota Umno 'di atas' itu yang jahat, yang korap, yang tidak berbudaya dan berakhlak tinggi, dan yang tidak bijaksana.
"Ada orang boleh jadi geliga otaknya, lulusan dari Oxford, Harvard dan sebagainya, tetapi tidak bijak, tidak pandai, tidak cerdik budaya. Orang ini tidak layak diangkat oleh Umno untuk menjadi pemimpin mereka. Mengapa? Sebabnya mereka tidak mempunyai 'roh atau semangat Melayu' yang cukup dalam dadanya, tidak bijak, tidak pandai bercakap dan berhujah dengan rakyat," tegas beliau.
Katanya, mereka mungkin layak menjadi penyelidik akademik, tetapi tidak layak menjadi pemimpin bagi bangsa Melayu-Islam yang mempunyai nilai-nilai ketimurannya yang tersendiri, yang perlu difahami oleh sesiapa yang hendak menjadi pemimpin orang Melayu. - mks.(harakahdaily)

Thursday, March 27, 2008

Kerajaan Baru Cerita Lama

Perkhabaran yang mengatakan kerajaan negeri Selangor akan mengenakan cas levi ke atas majikan yang mempunyai pekerja warga asing sebanyak RM10.00 bagi setiap pekerja amat memeranjatkan banyak pihak. Umno/BN sudah tentu bergelak ketawa mendengar berita tersebut yang memberi implikasi bahawa BA sudah mungkir janji. Ternyata belum sampai sebulan BA menawan Selangor, kerajaan baru tersebut sudah melakukan kerja-kerja yang tidak popular. Tan Sri Khalid Ibrahim seolah-olah tidak mempunyai pengalaman berhadapan dengan buruh warga asing, sedangkan beliau pernah mengendalikan syarikat perladangan Kumpulan Guthrie Berhad sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.
Walaupun cadangan tersebut akan dikenakan ke atas majikan, namun umum beranggapan bahawa majikan akan bertindak mengenakan kembali cas tersebut kepada buruh asing mereka. Dengan adanya cas baru tersebut ianya akan mendatangkan beban tambahan ke atas buruh asing yang bekerja di Selangor. Sekarang inipun, levi, bayaran perubatan (FOMEMA) dan berbagai-bagai cas dikenakan ke atas mereka yang rata-rata sangat miskin di negara asal mereka. Sebagai contoh, buruh-buruh asing dari Indonesia terpaksa berhutang atau menggadai tanah mereka di kampung untuk dijadikan biaya tambang, pengurusan dan agen yang mengumpulkan mereka. Hutang yang mekeka lakukan di kampung-halaman mereka akan bertambah berkali-ganda sekiranya merekaq lambat menjelaskannya.
Penderitaan yang ditanggung oleh buruk asing yang datang ke negara ini sepatutnya dikurangkan oleh para majikan di Malaysia, apatah lagi Selangor yang ditadbbir oleh BA dan diketuai oleh bekas orang kuat sektor perladangan.
Tindak-tanduk kerajaan negeri Selangor yang baru ini hanya mengulangi sikap penindasan sesama manusia.

Sultan Mizan murka pada Idris Jusoh kerana Tragedi Batu Burok?



Abdul Halim Mohd Rashid Thu Mar 27, 08 5:17:02 am MYT
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Hrkh) - Selain penggunaan Wang Ehsan, Sultan Terengganu juga dilaporkan tidak senang dengan bekas Menteri Besar, Dato' Seri Idris Jusoh berhubung beberapa isu dan dasar lain termasuk peristiwa berdarah di Batu Buruk pada September tahun lalu, lapor Malaysiakini.
Perkara itu ditegaskan ketika Perdana Menteri yang dituntut berundur, Dato' Seri Abdullah Badawi menghadap baginda semalam.
Berbeza dengan layanan lemah lembut polis kepada tunjuk perasaan para penyokong Idris baru-baru ini yang antaranya membawa sepanduk yang dilihat menghina Sultan dengan kata-kata "Kami nak Idris, natang (binatang)," dalam tragedi berdarah di Batu Burok, pihak polis mengganasi rakyat tidak bersenjata dengan peluru hidup kononnya kerana berhimpun secara haram.
Dari laporan Malaysian Insider pula, pertemuan antara Sultan Mizan Zainal Abidin yang juga Yang di-Pertuan Agong dan Abdullah jelas memuktamadkan baginda tidak mahu menerima Idris sebagai Menteri Besar.
Menurut laman berita itu, walaupun Abdullah mengemukakan Dato' Mohamed Awang Tera sebagai calon tolak ansur, tetapi Sultan Mizan dengan tegas menyatakan baginda tetap dengan pilihannya supaya Datuk Ahmad Said menjadi Menteri Besar.
Malaysian Insider juga memetik sumber istana yang menyatakan, Sultan Mizan telah memperlihatkan rasa tidak senang baginda kepada Idris sejak hujung tahun lalu lagi.
Sumber itu menyenaraikan beberapa episod dan polisi yang tidak disenangi baginda.
Blogger Ahirudin Attan (rockybru.blogspot.com) pula menyatakan, sumber-sumber beliau memberitahu, Abdullah dititah supaya menerangkan bagaimana Wang Ehsan digunakan oleh kerajaan di bawah pimpinan Idris.
Sejak Barisan Nasional (BN) merampas pemerintahan dari PAS dalam pilihan raya umum 2004 yang lalu, kerajaan pusat memberikan Wang Ehsan kira-kira RM1 bilion setahun kepada kerajaan Terengganu. Wang Ehsan tidak diberikan ketika PAS memerintah Terengganu dari 1999 hingga 2004.
Terengganu mempunyai jumlah penduduk miskin yang kedua paling ramai selepas Sabah.
Menurut Ahirudin, Abdullah juga dititahkan supaya bertemu dengan Ahmad.
Dalam perkembangan berkaitan, sebuah akhbar harian semalam melaporkan kata-kata Setiausaha Perhubungan Umno Terengganu, Dato' Rosol Wahid yang dilihat seolah-olah terus mencabar keputusan Sultan melantik Ahmad sebagai Menteri Besar.
Akhbar tersebut melaporkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil itu menyatakan bahawa 22 dari 24 Adun BN Terengganu telah mendesak Abdullah supaya berkeras untuk melantik Idris sebagai Menteri Besar.
Dengan keyakinan bahawa berita yang baik berada di sebelah pihak mereka, Rosol yang berada di Kuala Lumpur bersama-sama Idris dan 21 Adun lain, lapor akhbar itu, menyatakan, "kami begitu kuat sekarang".
Beliau juga mendakwa, kesemua 22 Adun itu yang dilaporkan pulang ke Terengganu semalam berdiri teguh di belakang Idris.
"Kami hanya menerima arahan daripada Perdana Menteri atau Idris," tegas beliau. - abmr/mr

Sunday, February 24, 2008

Pertembungan Sesama Pembangkang

PRU 12, 2008 menyaksikan pertembungan antara sesama parti pembangkang adalah sebanyak 33 kawasan iaitu 8 kerusi parlimen dan 25 kerusi DUN. Di DUN Derga, Kedah, PKR bertembung dengan DAP menentang BN. Di DUN Stulang, Johor, BN ditentang oleh DAP dan PRM. Sementara negeri sabah 23 kerusi DUN menyaksikan pertembungan atara PKR dan DAP atau PKR dan Bersekutu, iaitu 9 DUN -Tanjong Aru, Kapayan, Inanam, Likas, Luyang, Liawan, Karamunting, Kuamut dan Sri Tanjong, menyaksikan calon PKR dan DAP menentang BN.

DAP dan PKR juga bertembung sesama sendiri di empat kerusi Parlimen di Sabah - Sepanggar, Kota Kinabalu, Keningau dan Tawau, serta dua di Sarawak - Stampin dan Sibu. Dua lagi kerusi Parlimen di Sabah - Tenom dan Kota Marudu, menyaksikan BN ditentang PKR dan Bersekutu.

Dalam keadaan PKR ghairah untuk bertanding di sana-sini, calon BN di DUN Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil dari BN, menang percuma apabila calon PKR tidak datang mengemukakan pencalonan. Desas-desus mengatakan bahawa calon dari PKR telah berjaya dibeli menyebabkan beliau tidak muncul pada hari penamaan calon.

Perkara yang hampir sama berlaku di Parlimen Pengerang iaitun Calon PKR, Norazan Abdullah, 29, menarik diri dari dicalonkan menentang Datuk Seri Azalina Othman Said.
Pengusaha restoran makanan laut di Sungai Rengit, di sini, mendakwa terpaksa menarik diri setelah penyokong Azalina iaitu Yaakob Ishak mengemukakan bantahan kepada Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Zainol Adani atas pencalonannya sebagai calon PKR di Parlimen Pengerang.
"Berikutan saya telah dipanggil oleh pegawai SPR terbabit dan bertanyakan berkenaan bantahan yang dikemukakan oleh Yaakob," katanya kepada wartawan ketika dihubungi.

Saya juga berpendapat, calon-calon ini telah dibeli oleh BN, nengan harga yang murah...
Mana nak letak muka PKR!

Friday, February 22, 2008

Orang Takut Kalah!


Inilah wajah-wajah orang takut kalah. Berangan nak jadi Menteri Besar Kelantan, tapi bertanding di Kawasan Parlimen Bachok, bimbang benar takut kalah di DUN Perupok, nanti tak de kerja pulak. Sama dengan annuar Musa takut nak lawan di DUN baik lari ke tempat selamat iaitu Parlimen Ketereh. Kalau macam inilah gambaran UMNO/BN Kelantan, ada harapan nak kena bungkus semua.
Gambar menunjukkan ketidak ceriaan mereka semua. Kalu macam ni tak payah berangan nak rampas Kelantan.
"Annuar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan yang sebelum ini ADUN Kok Lanas akan bertanding bagi kerusi Parlimen Ketereh dan penyandang sedia ada, Datuk Alwi Che Ahmad akan mengambil alih tempatnya.
Bekas Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Che Min Che Ahmad akan berpindah dari kerusi Parlimen Pasir Puteh ke kerusi DUN Limbongan manakala Amran Mat Nor dari DUN Selising menggantikannya.
Bagi kerusi Parlimen, dua penyandangnya digugurkan iaitu Datuk Zaid Ibrahim (Kota Bharu) yang digantikan oleh Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh dan Datuk Mohd Razali Che Mamat (Kuala Krai) digantikan oleh Dekan Fakulti Alam Bina Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Che Musa Che Omar.
Kesemua Ketua Bahagian turut dicalonkan dalam Pilihan Raya Umum ke-12 nanti, kecuali Ketua Bahagian Pasir Mas, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman yang sedia memberi laluan bagi membolehkan BN melakukan perubahan.
Bagi kawasan DUN, daripada 45 kerusi, 24 daripadanya adalah muka baru yang buat pertama kalinya turut menyenaraikan Naib Ketua Puteri UMNO negeri iaitu Kazuni Datuk Osman, 39, bagi kerusi DUN Tanjong Mas di samping calon tunggal Wanita, Datin Rahimah Mohamad (Ketua Wanita UMNO Machang).
Menurut Annuar, dalam menyusun senarai calon, BN telah mengambil kira penerimaan segenap lapisan politik melalui kesepakatan bersama di peringkat bahagian di samping kewibawaan dan keupayaan mereka menterjemahkan manifesto BN.
''Kita turut meneliti bakal saingan di kawasan masing-masing untuk memastikan kita dapat menawarkan kepada rakyat calon yang lebih baik dan mampu memberi kemenangan majoriti dua pertiga.
''BN mengambil pendekatan berani dan tidak konvensional tetapi secara strategik dalam hal ini dengan tekad membentuk sebuah kerajaan yang dapat membela nasib rakyat dan membawa Kelantan melangkah ke era baru," ujarnya.
Mengenai kedudukannya, Annuar berkata, beliau bertanding bagi kerusi Parlimen kerana mengutamakan strategi parti dan ia merupakan sebahagian daripada pengorbanan.
Dr. Awang Adek juga merasa terharu dengan penghormatan dan kepercayaan yang diberikan terhadapnya.
Beliau menegaskan, meskipun terpaksa memikul tanggungjawab yang cukup berat memenuhi tuntutan parti dan harapan rakyat, ia akan dilakukan dengan penuh komitmen untuk membangunkan negerinya
" Petikan dari Utusan Online 22 Feb 08.

Thursday, February 21, 2008

Malaysian bloggers warned being monitored: report

A Malaysian government minister has accused bloggers, who have been writing avidly on upcoming elections, of being cowards and warned they are being monitored, a report said Friday.
Youth and Sports Minister Azalina Othman said opposition parties were using blogs to get their message out because they believed the Home Affairs Ministry was busy monitoring reports in the mainstream media, the Star daily said.
"They think they can get away with it but it is not the case as they too are being monitored," she reportedly said, adding that bloggers were cowards and a nuisance to the ruling party.
Opposition parties have resorted to blogs, SMS messaging and YouTube in their campaign for the March 8 polls, to dodge a virtual blackout on mainstream media.
Major newspapers and television stations -- many partly owned by parties in the ruling coalition -- have given blanket coverage to the government and its achievements since the election was called.
The opposition parties rate barely a mention, but thanks to the Internet they have begun campaigning feverishly in cyberspace with the aim of reaching young, urban, educated voters.
Media watchdog Reporters Without Borders ranks Malaysia 124 out of 169 on its worldwide press freedom index, and says the main media are "often compelled to ignore or to play down the many events organised by the opposition".
The government has previously threatened that bloggers could be punished under draconian internal security laws which provide for detention without trial. (Agence France-Presse - 2/22/2008 2:48 AM)

PAS Unveils Platform


Agence France-Presse (msn) - 2/21/2008 10:58 AM
Malaysia's Islamic opposition unveils policy platform
Malaysia's Islamic opposition said Thursday it would use the country's oil profits to pay for healthcare and retain controversial fuel subsidies if it ruled the nation.
In a policy platform unveiled ahead of March 8 general elections, the Pan Malaysian Islamic Party (PAS) said it hoped voters would back its proposals and deliver a win in three conservative northern states.
"We are pushing for a peaceful, just and clean government in power," said PAS president Abdul Hadi Awang.
"We want to use our oil profits to pay for our health needs and ensure that people can continue to have low costs with low fuel prices," he said.
"It is our hope that voters will see that PAS provides an option for a moderate government with Islamic values, one that is free of corruption and that has the people's interest at heart."
Since winning independence half a century ago, Malaysia has been ruled by a coalition of race-based parties under the Barisan Nasional (BN) banner, led by Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi's United Malays National Organisation.
Abdul Hadi said he hoped opposition parties would deny the BN a two-thirds majority in parliament in order to "bring a change to politics in the nation."
He said some of the key policies included making state-owned oil company Petronas the responsibility of parliament to ensure transparency and reduce the price of petrol and diesel.
Abdullah said recently that the government would have to remove oil and fuel subsidies, which have kept pump prices among the lowest in the region despite a rise in global prices.
The last fuel price hike in 2006 saw thousands take to the streets, clashing with police who tried to disperse them with water cannon and teargas.
PAS said it would use the profits of Petronas to fund a national health fund with subsidised healthcare.
Abdul Hadi said his party was fielding 65 candidates for federal parliamentary seats, and was also targeting parliaments in the northern states of Kedah, Terengganu and Kelantan.
At its strongest, PAS, a conservative party of Muslim scholars, controlled Kelantan and neighbouring Terengganu state which it won in 1999 elections.
But its tough line, including a campaign to turn Malaysia into a religious state, and prohibitions on nightclubs, skimpy clothes and alcohol, coupled with excitement over Abdullah's new administration saw it lose Terengganu in 2004.
It now holds a wafer thin majority in Kelantan, a state considered a key battleground in the polls.

Tuesday, February 19, 2008

Keuntungan Petronas Sejak Tahun 2000

Tahun Untung Sebelum Cukai (RM Billion)
2000 21.611
2001 29.029
2002 24.318
2003 26.873
2004 37.445
2005 58.037
2006 70.200
2007 76.300

Sambung lain kali...

Wednesday, February 13, 2008

Parlimen Dah Bubar

Parlimen Malaysia sudah dibubarkan pada hari ini, menandakan bermulanya "peperangan politik" antara parti-parit di Malaysia. Seperti biasa, umno/BN akan menggunakan segala kemudahan, prasarana dan jentera kerajaan untuk mengganyang parti-parti pembangkang yang lain. Itulah wajah Malaysia, negaraku yang tercinta. Wajah demokrasi yang compang-camping berlumuran najis dan noda-noda dari para penguasa dan pemerintah.
Hari ini Dollah "al badwi" mengumumkan pembubaran parlimen Malaysia, menggambarkan bahawa beliau dan regimnya tersangat takut dengan bayangan DS Anwar Ibrahim. Mengapa tidaknya, hanya beberapa hari saja lagi DSAI akan dibebaskan dari belenggu politik umno/BN yang tidak mengizinkan beliau menyertai PRU12.
Ketakutan ini jelas terbayang di wajah Dollah al badwi, walaupun diapit oleh Najib al tantuya monggolia dan dibentengi oleh si jembalang Khairy Jamaludin al beruki.
Namun rakan-rakan dari group Opposissi tidak boleh bertangguh-tangguh lagi, mesti bersiap selengkap-lengkapnya untuk bertembung dengan umno/BN pada kali ini. Pastikan umno/BN berdarah hidungnya dan jatuh tersungkur menyembah bumi. Itulah harapan kebanyakan anak muda masa kini.

Tumpu Kelantan, Terengganu Ustaz Abdul Hadi


Tumpu Kelantan, Terengganu
ABDUL HADI AWANG.

MUKADIMAHDARI jendela kaca bilik rasmi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut, jelas kelihatan Menara Datuk Onn, iaitu bangunan rasmi yang menempatkan parti terbesar orang Melayu, UMNO.
Kedua-dua bangunan itu jika dilihat dari satu sudut boleh disifatkan sebagai lambang pergerakan politik orang Melayu di negara ini – namun masing-masing menggunakan pendekatan yang berbeza.
Abdul Hadi semasa pertemuan dengan wartawan Utusan Malaysia menyentuh mengenai perjuangan parti itu yang menurut beliau bertunjangkan matlamat penubuhan negara Islam dan demi kepentingan umat Islam.
Beliau secara panjang lebar menjelaskan kesungguhan parti itu untuk mencapai matlamat tersebut menerusi pilihan raya umum ke-12 ini.
Malah, Abdul Hadi berkongsi keyakinan Pas akan menang sekurang-kurangnya di Terengganu dan Kedah selain mengukuhkan kedudukannya di Kelantan dengan Mursyidul Am Pas kekal sebagai Menteri Besar di situ.
Kepada wartawan NORAINI ABD. RAZAK, BORHAN ABU SAMAH, SAIFULIZAM MOHAMAD dan jurugambar, HAYAT SUEET, bekas Menteri Besar Terengganu itu turut mengulangi hasrat Pas untuk menubuhkan ‘negara kebajikan’ dan melaksanakan undang-undang jenayah Islam jika berpeluang memerintah kelak.
UTUSAN: Mengapa Pas membuat keputusan bertanding di 60 kerusi Parlimen sahaja?
HADI: Buat masa ini kita memutuskan untuk bertanding di lebih 60 kerusi Parlimen dan lebih 200 Dewan Undangan Negeri (DUN). Saya tidak boleh beri angka secara spesifik kerana mungkin ada tambahan di saat akhir.
Adakah hanya dengan bertanding di 60 kerusi Parlimen meyakinkan Pas untuk membentuk kerajaan yang bakal melaksanakan ‘negara kebajikan’?
Pertamanya, kita tumpukan kepada negeri-negeri yang Pas pimpin dan pernah pimpin iaitu di Kelantan dan Terengganu.
Kita sudah laksanakan program negeri kebajikan biarpun sebahagian besarnya daripada usaha tersebut mendapat ‘kepungan’ Kerajaan Pusat.
Namun kita berjaya juga melaksanakan program Armalah iaitu memberi bantuan kepada ibu tunggal, anak yatim, golongan miskin. Kita juga menghapuskan cukai pintu dan hanya melaksanakannya di ruang komersial sahaja.
Di peringkat pusat pula, kita telah mendapat maklum balas yang menggalakkan mengenai penubuhan negara kebajikan. Malah konsep seumpama itu telah dilaksanakan di zaman Nabi Muhammad s.a.w. lagi.
Di Barat, konsep seumpama itu mula dilaksanakan di England di mana bantuan kewangan secara percuma diberi kepada warga tua, kanak-kanak dan golongan yang memerlukan.
Itu adalah konsep negara kebajikan yang diambil daripada Islam. Cadangan ini diterima oleh Barisan Alternatif dan saya yakin parti-parti pembangkang lain juga akan bersetuju.
Sekiranya Pas dan Keadilan diberi kepercayaan untuk mengambil alih kepimpinan orang Melayu, saya percaya akan berlaku perubahan anjakan paradigma di kalangan parti-parti bukan Melayu ke arah menubuhkan kerajaan yang lain bentuknya.
Kenapa Pas tidak bertanding di lebih banyak kerusi Parlimen?
Ini kerana kita mahu kerjasama. Kita mahu perubahan yang dilakukan secara bersama bukan perubahan yang disebabkan oleh tekanan di pihak Pas sahaja. Bahkan bagi perubahan ke arah Islam pun, kita mahu ia berlaku secara demokratik, supaya rakyat faham Islam dahulu.
Datuk Seri yakin Pas akan menang di 60 kerusi itu?
Kalau dapat 40 kerusi pun cukup. Macam Husam (Musa) kata, kalau boleh kita menang 40 kerusi. Jadi sekarang ini kita berusaha untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 40 kerusi.
Yang lain-lain, rakan-rakan kita dari parti lain juga akan mengusahakannya. Kalau PKR dapat 40 atau lebih daripada itu, sudah tentu kita boleh buat perubahan.
Bagaimana jangkaan persaingan pada pilihan raya kali ini?
Persaingan berlaku kerana amalan-amalan tidak demokratik. Ia juga disebabkan oleh undang-undang pilihan raya disempitkan.
Kita lihat semasa pilihan raya umum 2004, peratus keluar mengundi amat besar. Di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu, kira-kira 90 peratus keluar mengundi. Catatan itu mengatasi negara-negara maju.
Seperkara lagi, SPR buat undang-undang yang menyusahkan kita membuat bantahan. Ini termasuklah seperti jika ingin membuat bantahan kita kena bayar, deposit untuk bertanding juga dinaikkan.
Bagaimana Datuk Seri melihat peluang Barisan Alternatif di Kelantan dan Terengganu?
Kalau Tuhan izinkan, kita akan menang di Kelantan dan Terengganu tetapi kita kena kerja lebih untuk melawan BN. Orang Islam mesti yakin tidak ada kerajaan yang kekal, perubahan mesti berlaku.
Kerjasama di antara Pas dan Keadilan nampak elok jika dilihat secara luaran, sedangkan di sebaliknya masih ada perselisihan terutama dalam soal meletakkan calon. Bagaimana status kerjasama Barisan Alternatif sekarang ini?
Undang-undang di negara kita tidak boleh mengizinkan Barisan Alternatif tubuh satu pakatan di atas nama parti politik. Undang-undang pertubuhan di negara kita masih tidak mencukupi.
Jika undang-undang memudahkan proses ini, kita boleh bergabung untuk tubuh satu barisan parti.
Walaupun kita berbeza parti, tetapi kerjasama antara Pas dan Keadilan lebih baik berbanding UMNO sendiri. Bahkan ada bahagian UMNO yang tidak boleh menyelesaikan masalah calon.
Misalnya ada Menteri Besar di negeri tertentu yang tidak bersetuju sesama mereka dalam soal meletakkan calon.
Itu menunjukkan kerjasama kita adalah jauh lebih baik daripada UMNO sendiri.
Biarpun undang-undang tidak membenarkan kita menjadi satu parti, tetapi dalam kempen, kita sama-sama mengibarkan bendera Pas dan Keadilan di mana-mana juga kawasan yang ditandingi.
Adakah tidak timbul langsung perebutan kerusi atau soal pertindihan calon di kerusi yang sama?
Tidak timbul soal perebutan kerusi. Paling penting ialah untuk menentukan calon yang boleh menjamin kemenangan, tidak kira sama ada dia calon Pas atau Keadilan (Parti Keadilan Rakyat).
Lebih penting kita utamakan kemenangan daripada menentukan pembahagian siapa yang bertanding.
Sebab itu rundingan dibuat dengan menjalankan kajian terperinci di peringkat akar umbi melalui cawangan.
Jentera parti membuat kajian mengenai tokoh yang boleh memberi kemenangan kepada kita dengan adanya kerjasama antara Pas dan Keadilan. Kalau ada masalah, baru kita rujuk kepada Majlis Tertinggi parti.
Bagaimana pula kerjasama Pas dengan DAP?
Pas tidak ada kerjasama dengan DAP. Untuk menyelaraskan calon-calon dan kerusi yang dipertandingkan, ada kerjasama antara Keadilan dan DAP. Pas tidak bertanding di kawasan DAP. Keadilan yang akan bertanding di kawasan bukan Melayu.
Kenapa Pas masih enggan bekerjasama dengan DAP?
Halangannya ialah media. Media membawa arus yang kuat memisahkan parti-parti politik dengan menonjolkan isu agama dan perkauman sehingga berlakunya pertembungan dalam politik.
Dan perkara ini sering kali dilakukan menjelang pilihan raya, kadang-kadang menimbulkan salah faham terhadap Islam di kalangan orang bukan Islam.
Di pihak Pas sendiri kita ingin menggambarkan bahawa Islam itu adil mengikut al-Quran dan sunah.
Bagaimana Pas dapat menunjukkan sikap terbuka sedangkan untuk bekerjasama dengan DAP pun tidak boleh?
Kita memang terbuka dan ini terbukti menerusi pemerintahan di Kelantan di mana Pas diterima oleh masyarakat bukan Islam kerana layanan yang adil kepada semua kaum dalam semua aspek termasuk kebebasan beragama dan mengamalkan budaya masing-masing.
Bukankah kerenggangan hubungan itu disebabkan oleh misi perjuangan antara Pas dan DAP yang berbeza?
Soal perjuangan berbeza tidak menjadi masalah. Dunia pun boleh menubuhkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dianggotai oleh pelbagai ideologi. Itu peringkat antarabangsa. Di peringkat nasional juga tidak akan ada masalah.
Kita boleh mengadakan persefahaman dalam banyak benda lain seperti menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan menuntut pilihan raya yang adil. Cuma dalam pilihan raya, kita tidak boleh bekerjasama berdasarkan realiti bahawa Pas tidak akan bertanding di kawasan DAP atau mewujudkan kerjasama.
Bagaimana pula jika Barisan Alternatif berpeluang memerintah? Adakah masih enggan bekerjasama dengan DAP?
Jika berpeluang memerintah akan berlaku senario politik yang berbeza. Ketika itu kita mungkin bekerjasama dengan DAP.
Perkembangan semasa menunjukkan Mohamad Sabu akan bertanding di Kuala Terengganu, bagaimana penerimaan pengundi di Terengganu?
Datuk Onn Jaafar pernah bertanding di Kuala Terengganu begitu juga dengan Dr. Burhanuddin Helmy dicalonkan di Besut pada tahun 1959, manakala Hassan Adli di Kuala Nerus.
Pas bersikap terbuka kerana membelakangkan semangat kedaerahan dan memberi keutamaan kepada agenda membawa perubahan. Lebih penting lagi bukan sekadar menghantar wakil ke Parlimen tetapi membawa mesej kita untuk didengar oleh semua.
Ikut tradisi, Datuk Seri bertanding di Parlimen Marang dan DUN Rhu Rendang. Adakah tradisi itu diteruskan?
Saya ikut keputusan parti, di mana sahaja termasuk di Kepala Batas. Tetapi Majlis Syura Ulama telah membuat keputusan saya bertanding di Terengganu.
Saya minta mengundur diri sebab saya sudah bertanding di peringkat DUN sejak tahun 1982.
Saya mahu memberi ruang kepada perubahan di Terengganu termasuk mencalonkan 50 peratus muka baru. Tetapi desakan akar umbi masih kuat mendesak saya bertanding DUN dan Parlimen.
Bagaimana reaksi penyokong-penyokong Pas apabila Datuk Seri dicalonkan semula?
Pencalonan itu pun disebabkan oleh desakan mereka dan hasil kajian bebas jentera pilihan raya yang dijalankan di peringkat akar umbi.
Adakah ini penggal pilihan raya yang terakhir untuk Datuk Seri bertanding?
Kita melihat kepada keadaan. Tetapi saya yakin saya mendapat sokongan bukan sahaja di kalangan orang Pas malah orang UMNO, pengundi atas pagar dan pengundi bukan Melayu.
Pilihan raya 2004 saya kalah dengan 120 undi, undi rosak 800, undi pos lebih kurang 300. Ia menunjukkan saya masih mendapat kepercayaan di kalangan penduduk Marang biarpun berlaku perubahan pada jumlah undi.
Adakah Datuk Seri yakin akan menang pada pilihan raya kali ini?
Saya tidak akan menang dan kalah. Saya menerima pencalonan daripada kawasan, negeri dan pusat.
Apakah manifesto Barisan Alternatif?
Kita sediakan Tawaran Barisan Alternatif Kepada Rakyat. Kita tidak guna perkataan manifesto, sebaliknya istilah tawaran kerana ia lebih ringan dan mudah difahami oleh rakyat.
Antara agenda penting yang kita tawarkan ialah negara kebajikan. Kita berjanji akan menurunkan harga minyak, menyediakan rawatan perubatan secara percuma, memberi pendidikan asas juga percuma dan beberapa perkara lain yang kita yakin boleh laksanakan jika memerintah kelak.
Bagaimana penerimaan rakyat dalam siri jelajah Barisan Alternatif ke seluruh negara?
Kita dapat sokongan berlipat kali ganda biarpun terpaksa berhadapan dengan beberapa halangan. Kita menukar cara daripada berceramah biasa kepada dialog yang disertai oleh golongan yang inginkan perubahan.
Adakah pelaksanaan undang-undang jenayah Islam juga akan menjadi tawaran Barisan Alternatif?
Undang-undang jenayah Islam akan dilaksanakan di negeri-negeri yang dikuasai oleh Barisan Alternatif termasuk di Kedah atau Selangor jika kita berjaya di situ.
Bagaimanapun undang-undang ini akan diperkenalkan kepada orang Islam sahaja, manakala bagi masyarakat bukan Islam terpulang kepada mereka untuk menerima pakai undang-undang tersebut atau mengguna pakai undang-undang lain.
Bagaimana Datuk Seri melihat peluang Barisan Alternatif di Kedah, Perlis juga negeri-negeri yang didominasi oleh BN?
Di Kedah, kita mendapat lebih 50 peratus undi daripada orang Melayu. Bahkan undi Melayu di Kedah kepada Pas lebih besar dari di Kelantan dan Terengganu.
Di Kedah masalah kita ialah undi bukan Melayu. Dengan lima peratus sahaja perubahan pengundi bukan Islam, kita percaya kita boleh tawan Kedah.
Undi bukan Melayu jadi penentu. Oleh itu jika berlaku anjakan paradigma di kalangan pengundi bukan Melayu dan pilihan raya dijalankan secara demokratik, insya-Allah kita akan menawan Kedah. PKR juga akan dapat menawan beberapa negeri seperti Pulau Pinang, Perak dan Sabah.
Ini keyakinan saya. Saya juga yakin kita akan menambah kemenangan di negeri-negeri seperti Johor, Melaka dan Negeri Sembilan menerusi kerja keras ahli-ahli parti di setiap kawasan yang kita akan bertanding.
Kita juga akan menambah jumlah calon Muslimat sama ada di peringkat Parlimen mahupun DUN.
Apa kriteria-kriteria calon Pas?
Soal calon diputuskan oleh Majlis Syura Ulama. Setiap calon mesti memenuhi syarat agama, akhlak, ilmu, dihormati oleh masyarakat dan tidak melakukan perkara-perkara yang menjatuhkan maruah.
Tapi tidak mungkin kita dapat semua, oleh itu kita utamakan syarat agama, ilmu dan akhlak. Kita mendapat laporan latar belakang calon daripada peringkat akar umbi. Pernah seorang ahli Parlimen Pas yang dipecat kerana melakukan amalan tidak bermoral iaitu menyertai majlis tari-menari.
Apa sebenarnya kelemahan yang menyebabkan Pas tewas dalam pilihan raya?
Kelemahan paling ketara ialah ada kalangan kita yang hanya bekerja apabila diumumkan pilihan raya.
Sesuatu kawasan yang Pas boleh bertahan ialah di mana jawatankuasanya bekerja dari awal tanpa mempedulikan bila tarikh pilihan raya.
Dan jika berlaku pilihan raya kecil, tidak akan timbul masalah kerana persediaan sentiasa dibuat. Tetapi kawasan yang tidak mempunyai persediaan, apabila diumumkan pilihan raya, baru mula kerja maka kerja yang dibuat hanyalah tampal poster.
Bagaimana kedudukan Pas di Kelantan?
Kedudukan Pas di Kelantan makin kukuh berdasarkan prestasi kerajaan yang semakin hari semakin baik.
Di Kelantan kita juga menonjolkan muka baru dalam pencalonan. Tokoh lama yang telah uzur akan berundur.
Adakah kekuatan Pas di Kelantan amat bergantung kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat?
Tok Guru satu faktor penting bagi Pas Kelantan. Bagaimanapun Pas tidak bergantung kepada pemimpin semata-mata sebaliknya ideologi dan perjuangan parti lebih penting.
Dulu orang kata Pas kuat sebab Datuk Asri Muda. Ada yang kata kalau tak ada Datuk Asri, ranaplah Pas. Tetapi jelas kita tidak bergantung kepada tokoh, apabila Datuk Asri keluar, Pas semakin kuat.
Jadi, Nik Aziz masih menjadi simbol kekuatan parti?
Ya, Tok Guru simbol kekuatan Pas dari segi kewibawaan, kepemimpinan sederhana dan dihormati bukan sahaja di Kelantan, malah seluruh negara.
Beliau juga simbol kekuatan Pas yang bersih daripada rasuah dan tidak ada ruangan untuk mempertikaikan kewibawaan beliau.

Monday, February 11, 2008

Catatan Muqaddimah

Assalamualaikum...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.
Syukur kepada Allah, kerana pada malam ini dengan tidak tersangka-sangka dapat juga saya buat blog sendiri dan dapat masuk ke dalam group bloggers.
Biasanya orang-orang "besar" benci kepada group ni. Tak apalah kalu dah nak jadi gitu.
Berkata benar walaupun pahit, Berani kerana benar Takut kerana salah. Sebesar-besar jihad adalah berkata benar di hadapan pemerintah yang zalim. Macam sekarang ni lah, kerajaan umno/BN masa kini adalah bapak kepada segala kezaliman. Zalim pada rakyat, zalim pada negara, zalim pada agama, zalim pada kemanusiaan dan zalim pada segala-galanya. Sebab tu ada orang buat laman web MAHAZALIM! Memang sah dah macam tu.
Yang menjadi masalah lagi adalah, pembangkangpun sangat lemah dari segenap segi. Mungkin kerana terlalu ditindas oleh penguasa umno/BN, sampai lemah tak bermaya.
Oleh itu kelahiran blog ini adalah salah satu senjata yang tersangat kerdil untuk menghancurkan keegoan KERAjaan umno/BN dan seterusnya menumPASkan KERAjaan umno/BN.
Hari ini, 5 Safar 1429, bersamaan dengan 12 Februari 2008, saya bersyukur pada Allah kerana memberi keizinan untuk saya menulis di laman ini, kerana ayat Allah yang pertama turun untuk Nabi Muhammad s.a.w. adalah ayat yang berkait dengan bacaan, iaitu "Bacalah, dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan"
Semoga usaha ini akan ada penerusannya dan sentiasa mendapat sokongan yang tidak diduga.